Pengurusan Kes Rasuah Guan Eng 6 Januari 2017

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 12:13 PM

Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Januari depan untuk pengurusan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata, tarikh baharu itu bagi membolehkan semua pihak terlibat menyiapkan dokumen sebelum perbicaraan bermula.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua pihak untuk memutuskan persetujuan berkaitan fakta dan isu yang akan diketengahkan pada perbicaraan itu.

Hakim berkenaan juga menetapkan beberapa tarikh untuk perbicaraan bermula Mac hingga Julai tahun depan.

Tarikh perbicaraan yang ditetapkan adalah dari 27 hingga 31 Mac; 10-14 April; 24-28 April; 15-19 Mei; 29 Mei hingga 2 Jun; 13-16 Jun dan 17 hingga 21 Julai.

Guan Eng minta dibicarakan terhadap dakwaan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi meluluskan permohonan Magnificent Emblem untuk mengubah dua lot tanah pertanian kepada pembangunan perumahan pada 18 Julai 2014.

Kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 boleh menyebabkan dia dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga membantah dakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu penyalahgunaan kuasa untuk membeli rumah daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon sebanyak RM2.8 juta yang lebih murah daripada harga pasaran mencecah RM4.27 juta pada 28 Julai 2015. Hukuman kesasalah itu melibatkan penjara maksimum dua tahun, denda, atau keduanya.

Peguam Guan Eng, Gobind Singh juga meminta supaya kedua-dua tertuduh untuk hadir pada 6 Januari depan.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Hadhariah Syed Ismail

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan