Padah Rasuah RM500, Juruteknik Didenda RM10,000, Dipenjara

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Padah memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis, bekas juruteknik Hairulnizam Abdul Hamid dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Hakim Mohd Nasir Nordin turut memerintahkan bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu, menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda itu.

Hairulnizam, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan secara rasuah memberi suapan RM500 kepada Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli di premis kedai, No 41-1 Jalan SP 1, Taman Semabok Perdana, di sini, pada 6.45 petang, 23 Ogos lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan untuk membuat sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipal iaitu tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh kerana bermain judi dalam talian secara haram mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Bapa dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut jumlah yang lebih tinggi.

Mahkamah memerintahkan Hairulnizam menjalani hukuman penjara itu pada Isnin.

Dalam penghakimannya, Mohd Nasir berkata memberi dan menerima rasuah adalah kesalahan yang serius dan berdosa besar, kerana perbuatan keji itu bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Dahlah kamu bermain dan membantu dalam perjudian haram kemudian kamu memberi rasuah, kamu dah sia-siakan 22 tahun kamu berkhidmat di TNB. Saya harap kamu bertaubat dan mohon ampun daripada Allah," kata Mohd Nasir. 

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Ahmad Faizul Abd Rashid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Hairulnizam yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh telah diberhentikan kerja sejak Julai lepas dan perlu menjaga ibunya di Johor selain menanggung anak-anak yang masih bersekolah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan