Padah Pukul Isteri, Pengawal Dipenjara Tiga Bulan

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya.

Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman itu terhadap K. Uthia Kumar, 56, kerana mencederakan T. Sagaiamary, 35, dengan cara memukul bahu kanan isterinya di sebuah rumah, di Blok J29, Rumah Panjang Kawasan (C), di sini, pada 3.01 pagi, 19 Okt lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 1 Disember lepas.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal, dengan mengambil kira keadaan mangsa yang masih trauma dengan perbuatan tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarganya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan