Pemandu GrabCar Tunjuk Kemaluan Kepada Penumpang Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal November lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.

Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 November lalu.

Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.

Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.

Mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: GrabCar , mahkamah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan