Doktor Didenda RM10,000 Buat Pengakuan Palsu Dokumen JPJ

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat selepas menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan membuat perakuan palsu dalam borang permohonan lesen vokasional Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) L8, tiga tahun lalu.

Hakim S.Indra Nehru turut memerintahkan tertuduh Dr R. Pathmanathan, 55, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa pada 5 Januari lalu atas pertuduhan membuat perakuan memeriksa seorang individu bagi memperbaharui lesen memandu Kelas D untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam, sedangkan tiada pemeriksaan kesihatan dibuat.

Dr Pathmanathan didakwa membuat perakuan palsu dalam borang permohonan atas penama Mohd Saiful Baqhtiar Mohd Rohaizat di Kumpulan Poliklinik Manjung Sdn Bhd No. 2446 Taman Samudera, Bandar Seri Manjung dekat Manjung.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Mac 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahidah Jalalluddin memohon kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Peguam Datuk V Manokaran, yang mewakili tertuduh, memohon supaya anak guamnya hanya dikenakan didenda. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: palsu dokumen JPJ , doktor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan