Saman Mukhriz Terhadap Tengku Sharifuddin Bertujuan Politik - Peguam

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 4:33 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu bahawa saman fitnah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, semata-mata bertujuan politik.

Peguam Tengku Sharifuddin, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata kenyataan akhbar yang dikeluarkan anak guamnya tidak merujuk kepada Mukhriz dan sesiapa yang membacanya tidak mungkin membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu memfitnah plaintif (Mukhriz).

Hujah beliau dakwaan plaintif tidak menyatakan sebarang sebab munasabah untuk bertindak dan bersifat skandal, remeh dan menyusahkan dan tindakannya tidak berasas dan oleh itu tidak mempunyai prospek kejayaan.

"Tindakan plaintif adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan hanya bertujuan politik," katanya sambil menambah oleh yang demikian saman itu sepatutnya dibatalkan.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz membalas bahawa kenyataan akhbar yang diterbitkan dan disiarkan defendan itu sebenarnya, mendedahkan plaintif kepada kebencian, cemuhan atau perbuatan menghina dalam fikiran anggota masyarakat yang berfikiran waras.

"Lebih penting lagi, kenyataan-kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Kedah, bekas menteri besar Kedah, ahli politik dan juga sebagai seorang pemimpin di kalangan rakyat khususnya penduduk negeri Kedah," katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan 6 Januari tahun depan bagi memutuskan permohonan Tengku Sharifuddin untuk membatalkan saman Mukhriz.

Mukhriz, 51, memfailkan saman terhadap Tengku Sharifuddin, 54, pada 3 Mei lepas dengan mendakwa defendan mengeluarkan empat kenyataan fitnah pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu di bawah tajuk, 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister', 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview', 'Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary', dan 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir'.

Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu membayangkan bahawa Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkonspirasi dalam kempen berniat jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan beliau terlibat secara langsung dalam plot di antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Dalam pernyataan pembelaannya, Tengku Sharifuddin menafikan bahawa keempat-empat kenyataan itu telah memperkecilkan Mukhriz dan menegaskan bahawa kenyataan itu untuk memberi penjelasan dan menangkis tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Defendan berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam mengeluarkan kenyataan media yang diterbitkan untuk tujuan memberi maklumat dan demi kepentingan rakyat Malaysia.

Katanya beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan perdana menteri dan menangani tuduhan palsu supaya rakyat mendapat gambaran dan fakta yang tepat, yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan