Penganggur Pecah Rumah, Curi Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana memecah masuk rumah seorang warga emas serta mencuri barangan peribadi miliknya.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Safri Mohd Nor, 28, setelah tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan memecah masuk rumah M.Nallama, 61, dan mencuri dua telefon bimbit, dua utas rantai berserta loket emas, tabung syiling dan satu set kunci rumah kesemuanya bernilai RM9,300.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Ikan Emas 2, Batu 3 1/2, Jalan Cheras, di sini, jam 2 pagi pada 22 September lepas.

Mohd Safri didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda dan jika kesalahan termasuk mencuri, tempoh penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua juga boleh dikenakan denda atau sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, dikehendaki polis atas kesalahan dadah, merayu hukuman ringan terhadapnya dengan alasan dia mempunyai tanggungan dua anak manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamatan didenda RM3,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah mencuri dua telefon bimbit bernilai RM1,300 milik seorang penyambut tetamu di Hotel Sahara Sdn Bhd.

Mahyudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Salleh, 31, kerana mencuri telefon bimbit milik R. Rutheyshen Raj, 22, di hotel itu, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada pukul 2.40 pagi, 29 November lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duannya.

Muhammad Zaidi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarga dan mempunyai seorang bayi berusia enam bulan.

Pegawai Pendakwa Raya, Nom Phot Prackdit memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan