Rasuah Projek PBT: Pegawai Bergelar 'Datuk' Direman Empat Hari

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pegawai awam bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, pada Selasa.

Pegawai lelaki berusia 55 tahun itu diperintah supaya ditahan reman selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini. 

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Syarina Shaarani @ Tan membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula Selasa.

SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang jutaan ringgit, dipercayai diraih menerusi rasuah.

Pegawai awam itu ditahan SPRM kira-kira 2 petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Terdahulu, lelaki berkenaan yang berpakaian sut lengkap itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi anggota SPRM sebelum meninggalkan mahkamah hampir sejam kemudian.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: PBT , SPRM , Datuk

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan