Bunuh Eksekutif Pemasaran: Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Mati

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang ahli perniagaan kerana membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita di Sungai Petani, Kedah, 10 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan Shahril Jaafar, 35, untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 9 Ogos tahun lepas menjatuhkan hukuman mati setelah mendapati Shahril bersalah membunuh Chee Gaik Yap, 25, di kawasan perumahan elit, Taman Ria Jaya, berhampiran Kelab Cinta Sayang Sungai Petani antara jam 5.30 petang, 14 Jan 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokannya.

Dalam menyampaikan keputusan penghakiman, Mohd Zawawi berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu disokong dengan bukti, sambil menambah bahawa hakim perbicaraan tidak terkhilaf yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Terdahulu, peguam Shahril, Shamsul Sulaiman berhujah bahawa anak guamnya bukan orang yang menyebabkan kematian Gaik Yap walaupun dia mengaku telah bertemu dengan wanita itu pada malam kejadian itu tetapi mangsa masih hidup ketika meninggalkannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah berkata pembelaan Shahril, yang memberikan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, adalah sesuatu yang difikirkan kemudian bagi mengelak sabitan membunuh.

Pada 25 Jun 2013, Shahril, anak seorang kenamaan bergelar Datuk, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, selepas rayuan pihak pendakwaan, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas setelah mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan