Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 5:43 PM

GAMBAR fail menunjukkan seorang suspek ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan militan Daesh.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pembantu jurukimpal dan seorang juruteknik kilang didakwa di Mahkamah Majistret Kangar pada Isnin kerana cuba menyertai gerakan militan Daesh di Syria baru-baru ini.

Zufadli Jafri, 24, dari Kampung Bakam, Miri, dan Mohd Ridwan Mohd Musa, 29, dari Parit Bengkok, Grisek, Tangkak, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 akta sama.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah, yang menetapkan kes itu disebut semula pada 5 Jan tahun depan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Zufadli dan Mohd Ridwan menaiki kereta api di Stesen Keretapi Padang Besar pada 2.46 petang, 23 Oktober lepas menuju ke Bangkok dan kemudian menaiki pesawat Gulf Air ke Turki sebelum pergi ke Syria.

Pertuduhan itu menyebut dalam percubaan tersebut "kamu telahpun sampai di Turki bagi maksud melakukan suatu perbuatan pengganas di Syria."

Timbalan Pendakwa Raya dari Putrajaya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor, menjalankan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 November lepas menyebut Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Bukit Aman menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Turki pada 30 Oktober.

Kedua-dua suspek direkrut oleh pengganas yang dikehendaki pihak berkuasa, Mohammad Wanndy Mohamad Jedi, 26, bagi tujuan melaksanakan gerakan membunuh pemimpin negara dan kepimpinan tertinggi polis negara ini.

Mohammad Wanndy juga dipercayai menyelaras rancangan membawa masuk kedua-dua suspek ke Syria namun mereka ditahan pihak berkuasa Turki sejurus mendarat di Istanbul dan diusir pulang keesokannya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan