Pemohonan Guan Eng Ketepikan Kebenaran Diperoleh Peguan Negara Didengar 1 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 3:44 PM

 Lim Guan Eng
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan Lim Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu berhubung kenyataan dikeluarkan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya, akan didengar 1 Mac tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika pengurusan kes saman berkenaan Jumaat.

Peguam Negara memfailkan saman pemula sebelah pihak (ex-parte) pada 18 Ogos lepas, memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, Peguam Negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih-lebih dalam keadaan tatkala sesuatu kes berkenaan sedang dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar selepas pelancaran 'Simposium Dr Wu Lian Teh' oleh Penang Institut di Jalan Brown, George Town Penang yang menyatakan bahawa pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa beliau akan dipenjarakan, jika dibaca secara keseluruhan membawa maksud bahawa mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas 'tuduhan rasuah yang direka-reka..

Pada 21 September lepas, mahkamah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Rasuah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan