Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Maria Chin Cabar SPR

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak permohonan Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.

Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati permohonan Chin tidak mempunyai kes untuk dihujah.

"Pemeriksaan terhadap kenyataan pemohon akan menunjukkan bahawa asas bagi cabaran yang dikemukakan pemohon terletak sepenuh dan seluruhnya pada fakta bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak memasukkan butiran terperinci mengenai daratan kawasan dicadangkan dalam notis berkenaan," katanya.

Dengan merujuk kes SPR lwn See Chee How  and  Another, beliau berkata Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpendapat bahawa Seksyen 4(a) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan tidak mewajibkan SPR memasukkan dalam notis berkenaan keterangan tentang daratan kawasan yang dicadangkan.

Menurutnya, Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa langkah memasukkan jumlah pemilih bagi setiap kawasan ke dalam notis terbabit, seperti yang disyaratkan jadual berkenaan, sudah memberi maklumat secukupnya bagi seseorang pengundi  tentang kewajaran yang diberi SPR.

Azizul Azmi berkata sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau tidak nampak bagaimana pemohon (Chin) boleh mewujudkan satu kes kukuh untuk dihujah.

Bagaimanapun, beliau mendapati bahawa permohonan China tidak bersifat remeh kerana mengambil kira hakikat bahawa pemohon juga adalah seorang pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan dan mempunyai locus standi secukupnya untuk mengemukakan permohonan itu.

Hakim itu menolak permohonan Chin, tanpa memerintahnya membayar kos.

Peguam Syahredzan Johan mewakili Chin, manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi SPR.

Chin, yang juga pengerusi jawatankuasa pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), memfailkan permohonan untuk mengubah keputusan atau tindakan SPR mengeluarkan notis syor bagi cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri dan persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dimulakan SPR melalui notis berkenaan adalah tidak sah dan terbatal.

Tags / Kata Kunci: Maria Chin Abdullah , SPR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan