Dua Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah Tutup Kes Dadah

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima rasuah dua tahun lalu.

Inspektor Koperal Mohd Faizal Fauzi, 34; dan Koperal V. Ravi Chandran, 48;  didakwa menerima suapan RM8,000 daripada K. Premnath di Maybank cawangan Jelapang di sini antara 7.40 malam dan 7.50 malam pada 2 Sept 2014.

Lelaki berkenaan memberikan suapan itu bagi menutup kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim S. Indra Nehru membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Dis sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaludin menawarkan ikat jamin RM15,000 setiap seorang, namun peguam bela kedua-dua tertuduh, K. Nathan memohon jumlah itu dikurangkan kerana masing-masing mempunyai tanggungan. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan