Pekerja Kontrak Maki Polis Didenda RM100:

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berang keretanya ditunda polis trafik kerana menghalang lalu lintas di zon tunda, seorang pekerja kontrak yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis itu didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar turut memerintahkan tertuduh M. Raja, 52, dipenjara dua hari jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh mengaku bersalah mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada anggota polis trafik Nazeli Ab Khalil, 49, di hadapan Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S Lee, di sini pada 6 petang, 22 Nov lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda itu.

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan