Pasukan Peronda Sukarela P.Pinang Tidak sah

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 1:56 PM

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika mengambil bahagian dalam perarakan di Esplanade, pada 2014. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pada Selasa gagal untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal untuk mengisytiharkan PPS yang kini dikenali Badan Pasukan Sukarela sebagai pertubuhan yang sah selepas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan negeri itu pada 27 Januari tahun lepas.

Dalam keputusannya, Hadhariah berkata, permohonan semakan kehakiman itu ditolak selepas mahkamah mendapati PPS adalah pertubuhan haram.

Mahkamah turut mendapati PPS sebagai sebuah pertubuhan dan ia perlu didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela itu menyalahi undang-undang," katanya.

Sementara itu, peguam Eric Augustin yang mewakili kerajaan negeri memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan meneliti arahan lanjut berhubung keputusan tersebut.

"Saya sudah beritahu Datuk Ambiga yang merupakan peguam dalam kes ini dan kami akan melihat tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

"Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh yang merupakan pemohon mewakili kerajaan negeri dalam kes ini, dan beliau akan memberitahu media apa tindakan selanjutnya," katanya.

Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memberi kebenaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah KDN yang mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan kerajaan negeri bagi kebenaran untuk semakan kehakiman, 8 Oktober tahun lalu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 27 Januari tahun lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 November 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri turut memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri mengikut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.

Tags / Kata Kunci: PPS P.Pinang , kerajaan P.Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan