Rasuah: Bekas Pegawai TLDM Dipenjara, Didenda - Berita Mahkamah | mStar

Rasuah: Bekas Pegawai TLDM Dipenjara, Didenda

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara tujuh bulan dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas bersalah atas empat pertuduhan rasuah lebih RM100,000 berkaitan urusan pembekalan barangan kepada TLDM pada dua tahun lalu.

Terdahulu, tertuduh Leftenan Komander S. Kuvendran, 32, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan ke atasnya.

Lelaki itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM104,971.97 pada Januari hingga Oktober 2014 daripada seorang kontraktor dikenali sebagai Mohd Nasir Abdullah melalui sekeping kad debit CIMB.

Syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Kuvendran didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 8 Sept 2015, Kuvendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afifah Yusof manakala Kuvendran diwakili Norhasham Hasan.

Kuvendran membayar denda RM40,000 itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah , TLDM
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan