KiniTV, Dua Pengarah Didakwa

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Malaysiakini, KiniTV dan dua pengarahnya dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat berhubung dua kesalahan melibatkan video yang disiarkan di laman media itu.

KiniTV didakwa atas dua kesalahan kerana gagal menggunakan kemudahan jaringan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Antara lain, seksyen itu melibatkan salah guna kemudahan atau khidmat jaringan dengan menghantar sebarang unsur komunikasi yang boleh menimbulkan kemarahan seseorang.

Pengarah KiniTV, Steven Gan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 244 (1) akta sama.

Pertuduhan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda tidak melebihi RM50,000 atau keduanya dan tambahan denda RM1,000 untuk setiap hari sepanjang tempoh melakukan kesalahan itu.

Gan yang hadir di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah untuk semua empat pertuduhan.

Hakim Zaman Mohd Noor menetapkan ikat jamin RM2,000 tanpa jaminan untuk setiap tuduhan. Kes berkenaan akan didengar pada 3 Januari 2017.

Mahkamah itu juga mendengar dua pertuduhan terhadap seorang lagi Pengarah KiniTV, Premesh Chandran kerana kesalahan salah. Kes ini juga akan didengar pada 3 Januari depan.

Peguam Fahri Azzat memberitahu mahkamah bahawa Premesh kini berada di luar negara kerana cuti sabatikal sejak September, sekali gus tidak menerima surat untuk hadir ke mahkamah itu.

Beliau juga memohon supaya pertuduhan terhadap anak guamnya ditangguh sehingga Ogos tahun depan apabila Premesh pula ke tanahair.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria berkata, tempoh yang dipohon itu terlalu lama dan meminta supaya kes itu didengar pada 3 Januari ini.

Dua video, masing-masing satu dalam versi bahasa Inggeris dan Melayu dimuatnaik pada 26 Julai lalu menunjukkan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media.

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyerbu pejabat Malaysiakini berhubung video itu dan merampas dua komputer.

 




Tags / Kata Kunci: KiniTV , Steven Gan , Malaysiakini

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan