Hakim Tinjau Paya Lokasi Tong Dram Berisi Mayat Kevin Morais Dibuang

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah yang mengendalikan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais meninjau sebuah paya, tempat tong dram berisi mayat Kevin Morais dibuang, di Subang Jaya, Selangor.

Paya itu terletak bersebelahan Kompleks Sekolah Tan Sri Jeffrey Cheah di USJ1 Persiaran Subang Mewah iaitu tempat mayat Kevin Morais yang disumbat ke dalam guni dan disimen di dalam tong dram ditemukan.

Hakim Azman bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, pihak pembelaan dan tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan itu -- Kol Dr R. Kunaseegaran, G. Gunasekaran, R. Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran bergerak ke paya itu kira-kira 10 pagi, diiringi anggota polis.

Pasukan itu berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sebelum bergerak ke paya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari IPD itu.

Mereka meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau paya tersebut yang berbau busuk, berbuih dan berwarna hitam.

Pasukan itu kemudian bergerak ke dua lagi lokasi iaitu sebuah tapak kedai makan di Jalan USJ 1/6C, tidak jauh dari paya berkenaan dan sebuah bengkel di Desa Mentari, Petaling Jaya.

Tapak kedai makan itu dipercayai merupakan tapak kedai seorang daripada tertuduh manakala bengkel itu merupakan bengkel yang digunakan untuk menyimpan mayat dan kereta Kevin Morais.

Selepas tinjauan berakhir di bengkel, Saiful Edris memberitahu pemberita lawatan itu merupakan lawatan lokasi untuk memberi lebih pemahaman berkenaan kes itu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan. 

Enam lelaki - Gunasekaran, 48; Dinishwaran, 24; Thinesh Kumar, 23; Vishwanath, 26; Nimalan, 23; dan Ravi Chandaran, 45; - mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya. 

Dr Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. -- Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan