Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Nurul Izzah, 10 Yang Lain

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi menarik  diri daripada mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Anggota Parlimen Lembah Pantai dan 10 yang lain bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu di dalam kamarnya  dengan dihadiri peguam Allif Benjamin Suhaimi yang mewakili kesemua pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili ketiga-tiga responden.

Allif Benjamin memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan tersebut atas alasan keluarganya merupakan kenalan rapat dengan responden kedua. 

Nurul Izzah, 36, dan 10 yang lain memfailkan permohonan itu pada 11 Nov  lepas menerusi Tetuan Thomas Philip dengan menamakan SPR, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden pertama hingga ketiga. 

Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari membatalkan  keputusan responden pertama dalam notis bertarikh 15 September 2016 bertajuk 'Notis  syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan  Negeri dalam negeri-negeri Tanah Melayu sebagaimana yang telah dikaji semula oleh SPR pada tahun 2016.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa siasatan tempatan kali pertama  untuk bahagian Pilihan Raya Persekutuan P.121 Lembah Pantai yang dikendalikan oleh responden pertama pada 8 Nov lepas di Hotel Marriot Putrajaya, adalah menyalahi undang-undang.

Selain itu, mereka juga memohon satu perintah bahawa notis dan/atau  proses/prosiding/tatacara persempadanan semula mengikut notis dan syor-syor yang dicadangkan tersebut digantung sehingga pelupusan penuh semakan kehakiman ini.

Mereka mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa prasyarat untuk menjalankan kuasa tidak dipatuhi, notis itu salah di sisi undang-undang, syor-syor yang dicadangkan salah di sisi undang-undang, tidak rasional dan tidak seimbang, prosedur yang salah serta siasatan itu menyalahi undang-undang.

Antara relif-relif yang dipohon ialah kesemua pemohon dan pembantah yang  lain akan mengalami kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki jika kebenaran tidak diberikan dan kepentingan awam menetapkan bahawa penangguhan perlu diberikan. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , Mahkamah Tinggi , SPR

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan