Zuraida Fail Saman Terhadap Jamal

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 1:48 PM

Zuraida Kamaruddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memfailkan saman fitnah terhadap pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Yunos yang mendakwa beliau ditumbuk oleh 'budak Zuraida' sehingga hidungnya berdarah.

Jamal membuat dakwaan itu ketika berlaku pergelutan melibatkan ahli kumpulan Baju Merah dan polis di pusat beli-belah Ampang Point, Kuala Lumpur, 13 November lalu yang akhirnya menyebabkan hidung Jamal berdarah dan penahanan dua ahli kumpulan Baju Merah.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata beliau akan memberikan Jamal tempoh 48 jam untuk memohon maaf kerana membuat tuduhan tersebut.

Pada Selasa, Jamal bagaimanapun telah mengeluarkan permohonan maaf secara sinis terhadap Zuraida menyatakan beliau terpaksa meminta maaf kerana terpaksa 'menyelak kain' bagi mendedahkan kudis yang mungkin ada pada kakinya supaya ia tidak menjangkiti penduduk Ampang atau rakyat Selangor.

Zuraida berkata Jamal yang memilih mengeluarkan kenyataan itu telah menunjukkan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas dan beliau telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal kerana tidak menghormati undang-undang.

"Negara ini mempunyai undang-undang, dia perlu mematuhi undang-undang dan tempat yang paling sesuai untuknya adalah di dalam penjara," katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Peguam Zuraida, N. Surendran berkata, dakwaan yang dibuat terhadap Zuraida tidak berasas seperti yang dapat dilihat pada video tersebut.

Katanya, mereka akan menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

"Kami juga akan memohon injunksi untuk menghalang Jamal dari mengeluarkan ungkapan-ungkapan seperti itu lagi dan juga kos akibat daripada saman ini," katanya.

Zuraida juga menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Jamal selepas banyak laporan polis telah dibuat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan