"Sultan Melaka" Didakwa Atas Tuduhan Menipu

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 5:22 PM

Noor Jan Tuah diiringi keluar mahkamah oleh anggota polis pada 17 November 2016.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: "Sultan Melaka" dihadapkan ke di Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis untuk menghadapi pertuduhan menipu empat individu sehingga membuatkan mangsa percaya dia merupakan waris kerabat diraja.

Tertuduh, Noor Jan Tuah, 59, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, kelihatan tentang ketika pendakwaan dibacakan dalam pertuduhan berbeza di depan Hakim Ahmad Sazali.

Noor Jan didakwa menyerahkan "surat pelantikan' kepada empat individu terbabit yang berusia antara 35 tahun hingga 66 tahun dengan mendakwa dirinya merupakan Sultan Melaka.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat peranginan A'Famosa Resort di Alor Gajah pada pukul 10 malam pada 23 Disember 2013.

Kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 419 Kod Penal yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaraya, Lee Chee Thim dan Ifa Sirrhu Samsudin meminta pihak mahkamah untuk membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan memandangkan kes itu berprofil tinggi.

Peguam defendan, Surjan Singh Sidhu bagaimanapun minta pihak mahkamah agar mengurangkan jumlah ikat jamin memandangkan kliennya memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh siasatan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini.

Tags / Kata Kunci: Sultan Melaka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan