Dr Vida Serah Representasi Kepada Pihak Pendakwaan

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 12:34 PM

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (dua, kanan) atau lebih dikenali sebagai Dr Vida hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa untuk sebutan semula kes berhubung 32 pertuduhan kesalahan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. Hasmiza, 45, dituduh dengan 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST daripada tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41 (6) akta berkenaan dan 16 pertuduhan lagi kerana gagal membayar cukai GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida akan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menyediakan representasi bagi pertuduhan itu ketika kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia untuk perbicaraan kes terbabit selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 13 Oktober lalu, Vida, 45, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini.

Ahli perniagaan itu didakwa atas 16 pertuduhan gagal membayar cukai GST mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 16 lagi pertuduhan adalah atas kegagalannya mengemukakan penyata GST dan dia didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.
Tags / Kata Kunci: Dr Vida , cukai GST

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan