AC Mizal & Utusan Gagal Selesai Saman Secara Mediasi

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi terhadap Utusan Melayu (M) Bhd atas dakwaan tidak bertanggungjawab, cuai dan lalai terhadap pekerja mereka, pada Selasa gagal diselesaikan secara mediasi.

Sehubungan itu, kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan dari 13 hingga 16 Feb 2017, kata peguam Ooi She Yi, yang mewakili Utusan dan tiga yang lain.

"Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Abu Bakar Jais," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses mediasi di hadapan Hakim Haleez Hasnan di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta.

Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.

Mereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji'.

Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai dan lalai terhadap pekerja mereka.

Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai serta sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu membayar gaji pekerja.

Kesemua plaintif diwakili peguam Ahmad Shahrir Baharuddin mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni terjejas teruk, oleh itu mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Tags / Kata Kunci: AC Mizal , Utusan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan