Rafizi Dihukum Penjara 18 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 11:28 AM

Mohd Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Hakim, Zulqarnain Hassan membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan sekiranya dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

Rafizi didakwa memiliki halaman 38 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau melanggar OSA 1972.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.

Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media 28 Mac lalu.

Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah kerana melanggar OSA. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi sebutan semula kes.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan