Lima Lelaki Dituduh Membunuh

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Lima lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang pemuda berusia  21 tahun dalam kejadian di Taman Bukit Pasir di sini pada 2012.

Tertuduh Sek Jamaludin, 43; M. Seri Viremurugan, 35; Abdul Rafiq Ganasan, 49; M.R. Nagaran, 29; dan Mohamad Fairuz, 28; dituduh membunuh Mohamad Rauf Othman di kawasan lapang di Jalan Kundang 11, Taman Bukit Pasir, kira-kira 11.30 malam pada 31 Mei 2012.

Kesemua tertuduh mengangguk faham bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, enam tertuduh mengaku tidak bersalah  menculik Mohamad Rauf di Lorong 2, Kampung Baru Sri Gading, kira-kira 10 malam, 31 Mei 2012 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 363 kanun sama yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda.

Mereka adalah Muhammad Thariq Gopal Subramaniam, 34; Mohd Sollahudin Salehin, 32; Mohammad Fairuz Tuah, 28; Mohd Abid Ibrahim, 29; Muhamad Arshad Ibrahim, 29; M. Nagarajan, 29.

Bagi pertuduhan ketiga, 12 tertuduh menghadapi tuduhan merusuh di Jalan Kundang 11, Taman Bukit Pasir, di sini, kira-kira 9.30 malam, 31 Mei 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 147 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Tertuduh adalah Mohd Sollahudin; Sek Jamaludin; Seri Viremurugan; Abdul Rafiq Ganasan; Hussin Mahmud@Mohamad, 45; Hassan Mahmad@Mohamad, 45; Mohammad Fairuz; Mohd Abid Ibrahim, 29; W. Shanmugam, 30; Abdul Hadi Abdul Karim, 27; B.S. Jazwant Singh, 39; dan Nagarajan, dituduh mengikut Seksyen 147 kanun sama kerana merusuh.

Bagaimanapun tujuh daripada mereka iaitu Sek Jamaludin, Mohamad Fairuz, Mohd Solahudin, Hassan, Mohd Abid, Shanmugan dan Abdul Hadi mengaku bersalah dan  dijatuhi hukuman penjara 12 hari serta denda RM1,000 setiap seorang.

Seri Viremurugan; Abdul Rafiq Ganasan; Nagaran; Hussin dan Jaswant tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Sukhdev Singh dan Iskandar Shah Ibrahim.

Mohd Zulhilmi menetapkan sebutan semula kes pada 19 Disember sementara menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , Taman Bukit Pasir

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan