Tempoh Sehingga Esok Untuk Bapa Mualaf Hadir Di Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memberi tempoh sehingga Selasa untuk seorang mualaf, Muhammad Riduan Abdullah hadir di mahkamah dan membawa anak bongsunya serta membatalkan dakwaan penghinaan terhadapnya.

Muhammad Riduan didapati menghina mahkamah apabila gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyerahkan anak perempuan berusia lapan tahun kepada bekas isterinya beragama Hindu, M. Indira Gandhi, 44.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata sekiranya Muhammad Riduan, yang sebelum dikenali K. Pathmanathan, gagal hadir pada Selasa, maka mahkamah akan meneruskan kes rayuan Indira Gandhi terhadap kesahihan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral.

Dalam prosiding pada Isnin, Zukkefli berkata panel lima hakim akan membuat keputusan esok sama ada peguam Hatim Musa dibenarkan mewakili anak guamnya, Muhammad Riduan dan berhujah dalam kes rayuan itu.

"Sama ada Muhammad Riduan boleh datang atau tidak...kami akan tetap teruskan kes ini," kata Zulkefli kepada Hatim.

Zulkefli, yang bersidang bersama-sama dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali, kemudian menangguhkan pendengaran kes rayuan itu sehingga Selasa.

Dalam prosiding itu, peguam Indira Gandhi, M. Kulasegaran, membuat bantahan awal terhadap kehadiran Hatim dengan menyatakan Muhammad Riduan tidak mempunyai hak kerana masih belum bebas daripada dakwaan menghina mahkamah.

Muhammad Riduan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi pada 30 Mei, 2014 untuk menyerahkan semula anak perempuannya kepada Indira Gandhi, seorang guru tadika.

Justeru, pada 29 April tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, supaya menangkap bapa mualaf itu kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi itu.

Hatim, bagaimanapun, memberitahu mahkamah bahwa kali terakhir beliau menghubungi anak guamnya adalah selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Disember lepas yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Indira Gandhi.

Keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan mengenai kesahihan penukaran agama kanak-kanak berkenaan yang terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk memutuskannya.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.

Kanak-kanak tersebut ketika itu berusia 12 dan 11 tahun years, dan 11 bulan.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, dua perempuan dan seorang lelaki, sekarang berusia 19, 18 dan lapan tahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bapa mualaf

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan