Mahkamah Tinggi Arah Jamal Yunos Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 1:36 PM

Jamal Yunos.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam tuntutan mahkamah yang difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah terhadapnya.

Maria memfailkan saman terhadap Jamal kerana didakwa mengaitkan Bersih dengan kumpulan militan IS.

Peguam Maria, Melissa Sasidaran berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norfauzani Mohd Nordin mengarahkan Jamal untuk memfailkan pernyataan pembelaannya pada 2 Disember ini.

Beliau berkata Jamal melantik dua peguam untuk mewakilinya dalam kes itu.

Menurut Melissa, mahkamah menetapkan 27 Disember ini untuk pengurusan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Dalam saman itu, Maria mendakwa Jamal mengeluarkan kata-kat fitnah terhadap Bersih pada sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September lalu.



Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Bersih , Maria Chin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan