3 Syarikat Didenda Gagal Kemuka Invois GST

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Tiga buah syarikat masing-masing didenda RM6,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana tidak mengeluarkan invois Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) iaitu Syarikat Pusat Elektrik E and R Sdn Bhd yang diwakili Lee Sung Lai, 53; Syarikat Omega Vision Care diwakili Ng Choon Hua, 55; dan Syarikat Selvan Holding (M) Sdn Bhd diwakili K. Venootheran, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat Pusat Elektrik E and R Sdn Bhd yang merupakan syarikat barangan elektrik, Syarikat Omega Vision Care, syarikat optik dan Syarikat Selvan Holding (M) Sdn Bhd, syarikat jualan buku dan majalah, sebagai yang berdaftar di bawah Akta GST 2014 yang membuat pembekalan bercukai, didakwa tidak mengeluarkan suatu invois cukai.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat masing-masing iaitu Syarikat Pusat Elektrik E and R Sdn Bhd di alamat No 35G  and  36G, Jalan Setiawangsa 11A, Taman Setiawangsa, di sini pada 2 petang, 14 Januari lepas.

Syarikat Omega Vision Care pula didakwa melakukan kesalahan di alamat No.31, Jalan Manis 6, Taman Segar Cheras, di sini pada 12 tengah hari, 7 Oktober 2015.

Syarikat Selvan Holding (M) Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan itu di Lot TC 015, Tingkat 3, Sungai Wang, pada 1.10 tengah hari, 3 Februari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33 (2) (a) Akta GST 2014 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, ketiga-tiga wakil syarikat itu yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan mereka tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Norliana Amran; Aznira Othman dan Ahmad Firdaus Ahmad Sufian memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal bagi memberi pengajaran dan memastikan syarikat-syarikat menghormati undang-undang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: GST , Denda

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan