Guru Didakwa Lakukan Kelucahan Melampau Pada Anak Murid Lelaki

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki berusia 10 tahun.

Asman Ambo Sakka, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas guru di sebuah sekolah di sini pada 7 pagi, antara Julai hingga September 2016 mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Datin M.Kunasundary membenarkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu diikat jamin RM15,000 oleh seorang penjamin dengan beberapa syarat tambahan iaitu tidak boleh berhubung dengan mangsa dan keluarganya.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri setiap sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawawi Mohd Radzi tidak menawarkan jaminan namun beliau berkata sekiranya mahkamah memberikan jaminan jumlahnya perlu melebihi RM10,000 serta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.

Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kerana anak guamnya yang masih bujang itu menyumbang kepada pendapatan keluarganya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Asman Ambo Sakka , Mahkamah Sesyen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan