Projek PKFZ: Phang Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selepas tujuh tahun menghadapi pertuduhan, Hakim Slamat Yahya semalam melepaskan dan membebaskan Phang daripada pertuduhan selepas Jabatan Peguam Negara membenarkan representasi Phang berhubung pertuduhan.

Peguamnya Francis Ng Aik Guan ketika dihubungi berkata pihak pendakwa memohon supaya Phang dibebaskan tetapi tidak terlepas daripada pertuduhan tetapi beliau menolaknya.

Sebaliknya, beliau memohon supaya anak guamnya dibebaskan dan dilepaskan.

"Hakim membenarkan permohonan itu dan membebaskan anak guam saya, kata beliau.

Perbicaraan kes telah bermula dan mahkamah telah mendengar keterangan daripada tiga saksi pihak pendakwa.

Pada Disember 2009, Phang dituduh, sebagai pengurus besar yang diamanah dengan penguasaan ke atas dana dalam akaun di RHB Bank Berhad, telah melakukan pecah amanah melibatkan wang RM98,700,000 di Lembaga Pelabuhan Klang di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Oktober, 2004 dan 5 September, 2005.

Dia juga dituduh melakukan dua lagi kesalahan pecah amanah melibatkan  RM21,600,000 dan RM134,550,000 di tempat yang sama, masing-masing antara 30 September, 2005 dan 9 Mei, 2006 dan antara 1 Jun, 2005 dan 13 Januari, 2006.

Phang dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Tags / Kata Kunci: O.C Phang , PKFZ

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan