Kes Samun Bersenjata, Dua Lelaki Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua lelaki yang menjadi viral melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes samun seorang wanita baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan samun bersenjata.

Remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan itu, bagaimanapun rakannya R.Pirabagaran, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama yang dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan menggunakan parang ke atas Mohamad Rasul Mohd Zukri, 26, dengan merampas kad pengenalan, kad Touch 'n Go dan sebuah kereta jenis Honda Civic milik mangsa.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama menggunakan parang terhadap Ain Nina Marji, 23, dengan merampas kad pengenalan, kad penguasa kastam, dua kad bank, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM200.

Bagi pertuduhan ketiga kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan rompakan juga menggunakan parang terhadap Prescella Wada, 23, dengan mengambil kad pengenalan, tiga keping kad bank dan wang tunai RM500.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat, waktu dan tarikh sama iaitu pada 3.45 pagi, di Stesen Minyak Petronas Jalan SS4B/10, Kelana Jaya, 23 September lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu serius manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Disember untuk sebutan semula kes bagi Pirabagaran dan juga laporan akhlak bagi tertuduh berusia 17 tahun.

Pada 11 Oktober lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan reman oleh polis berhubung dua buah rakaman CCTV masing-masing berdurasi 75 saat dan 35 saat mengenai kejadian samun yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Samun

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan