Pegawai SPRM Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Ugut Biras

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia naik berang lalu mengeluarkan kata-kata kesat ketika dibawa keluar dari kandang tertuduh di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengugut birasnya, dua bulan lalu.

Muhammad Nazrin Abdullah, 37, bertindak menjeritkan kata-kata kesat itu ketika dibawa keluar dari kandang tertuduh di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Muhammad Nazrin didakwa melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah beralamat Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi pada 21 September lalu.

Pertuduhan dibawa oleh pegawai pendakwa Inspektor Harlina Mohd Aidil  mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Maslinda kemudian membenarkan Muhammad Nazrin diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan sementara pasport antarabangsanya ditahan.

Mahkamah Majistret juga menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan tertuduh melapor diri dua minggu sekali di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan tidak dibenarkan mendekati mangsa serta anak.

Muhammad Nazrin, yang tidak diwakili peguam, sebelum ini diperintah reman oleh Mahkamah Majistret Segamat pada 29 Oktober hingga 1 November bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga.-- Bernama

 

Tags / Kata Kunci: SPRM , biras

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan