Salah Tangkap Pelancong Syria

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Percutian yang sepatutnya indah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pelancong Syria, Mohamad Alhassan Abdul Razzak Alnador kerana ditahan selama hampir sebulan atas tuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Ahli perniagaan berusia 25 tahun itu ditahan pada 22 September dan didakwa di Mahkamah Majistret pada 6 Oktober lalu mengaku tidak bersalah, tetapi hanya dibebaskan dengan jaminan dua minggu kemudian.

Pada Jumaat, Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid memerintahkan pasport Mohamad Alhassan dikembalikan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.

Dia dituduh tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah pada 26 September kira-kira pukul 2.46 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Mohd Alhassan memberitahu mahkamah bahawa lawatannya ke Malaysia adalah bagi kali kedua.

"Saya datang ke sini sebagai pelancong kerana saya suka Malaysia. Saya memasuki negara ini secara sah.

"Saya telah kehilangan 14kg sejak saya ditangkap."

Peguamnya, R.S.N. Rayer memohon mahkamah supaya memberi amaran kepada polis dan Jabatan Imigresen supaya lebih efisyen dalam melaksanakan tugas mereka "supaya pelancong yang datang dan menyokong pelancongan negara tidak melalui pengalaman seperti pelanggan saya".

Rayer memberitahu pemberita anak guamnya ditahan apabila Jabatan Imigresen gagal untuk mengesahkan bahawa beliau telah memasuki Malaysia secara sah.

Beliau berkata pertuduhan hanya ditarik balik selepas jabatan itu mengesahkan bahawa beliau telah masuk secara sah melalui KLIA apabila mereka memeriksa pengendorsan pada pasport.

Mohamad Alhassan berkata, dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung penahanan secara salah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan