Pemilik Pasar Raya Didakwa Simpan Minyak Masak

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 2:51 PM

Pemilik sebuah pasar raya Soo Jin Yao (berkemeja petak) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat, atas pertuduhan menyimpan minyak masak sebanyak 320 kilogram dan memasarkan secara runcit barang kawalan itu tanpa lesen.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pemilik sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan  menyimpan minyak masak sebanyak 320 kilogram dan memasarkan secara runcit barang kawalan itu tanpa lesen, minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Soo Jin Yin, 31, didakwa sebagai pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didapati menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di premis selain daripada premis yang dibenarkan untuk penyimpanan minyak masak.

Untuk pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki minyak masak berkenaan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 di mana telah berurusan secara runcit terhadap barang kawalan tersebut tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4, peraturan yang sama. 

Soo didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut di perniagaan Sun Mart, No 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam pada pukul 9.20 malam, 25 Oktober lepas mengikut Seskyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan Wei Heng menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan kerana kes itu serius.

Bagaimanapun, Soo memohon agar mahkamah mengurangkan jaminannya atas alasan beliau baru memperoleh cahaya mata yang berusia sebulan dan isterinya sedang berpantang selain perlu menyara kedua ibu bapanya. 

Hakim Irwan Suaibon kemudian membenarkan Soo diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan bersama seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis depan untuk pengurusan kes bagi serahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sun Mart , minyak masak , Medan Angsana

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan