Pemilik Syarikat Pakaian Didakwa Tipu Urusan Jual Beli Lebih RM450,000

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas tujuh pertuduhan menipu urusan jual beli pakaian melibatkan kerugian lebih RM450,000 tiga tahun lalu.

Lew Chun Siong, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Bagi semua pertuduhan itu, Lew didakwa memperdayakan Chew Chee Kin, 54, dalam urusan tempahan dan penerimaan barangan seperti yang dinyatakan di dalam invois dan pesanan penghantaran.

Tindakan itu telah menyebabkan Chew menyerahkan tujuh keping cek bagi setiap invois berbeza yang bernilai keseluruhan RM496,230.10 kepada tertuduh yang beliau tidak akan menyerahkan cek tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Lew didakwa melakukan kesalahan itu di Quick Silk Sdn Bhd, No 5-2, Jalan 3/62A, Bandar Menjalara di sini antara 24 Sept 2013 hingga 2 Jan 2014 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim menawarkan jaminan RM50,000 untuk kesemua pertuduhan manakala tertuduh yang diwakili peguam CY Low memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga.

Azman membenarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penipuan , syarikat pakaian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan