Sebahagian Baucar Bayaran Kepada MSN Ditandatangani Otman - Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 11:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat diberitahu sebahagian baucar bayaran kepada Majlis Sukan Negara (MSN) mempunyai perakuan (tandatangan) bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS Otman Arsahd yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta, empat tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Akauntan (Pengurusan Audit) Jabatan Akauntan Negara Ernie Roslan semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes Otman.

Katanya kesemua baucar bayaran yang dikeluarkan KBS itu disediakan olehnya yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Akauntan, Bahagian Kewangan KBS tetapi ditandatangani tertuduh.

Ernie yang merupakan saksi keempat pihak pendakwaan berkata demikian ketika  menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman dan dalam keterangannya, beliau berkata baucar bayaran itu dibuat bagi membiayai program-program sukan anjuran MSN antaranya Program Pembangunan Bola Sepak.

Pada prosiding hari ini juga pihak pendakwaan mengambil masa lima jam untuk membuat penandaan baucar bayaran berkenaan.

Otman didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara (MSN), Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.

Bagi 15 tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Otman didakwa mengarahkan Ketua Pengarah MSN untuk membuat bayaran kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd, milik dua anaknya berjumlah RM2,161,000 bagi pelbagai program kementerian antaranya program Futsal 2012 dan program sampingan Formula One (F1) 2013.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi 17 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, Otman didakwa memberi surat pembayaran melalui akaun kementerian kepada Pengarah Bahagian Kewangan MSN Abdul Rashid Yaakub, untuk bayaran pelbagai program kementerian kepada tiga syarikat milik rakannya berjumlah RM36,310,400.

Otman yang diwakili peguam Zaid Roslan didakwa mengikut Seksyen 18 akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 5 Disember ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MSN , baucar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan