Empat Ah Long Lempar Cat Merah, Ugut Didenda RM8,000

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat lelaki yang merupakan ahli sindiket pinjaman wang haram didenda sebanyak RM8,000 oleh mahkamah majistret di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah menggertak dan melempar cat merah di sebuah rumah di Kota Damansara.

Lau Soon Aik, 28, Lim Jiun Jian, 22, Lim Kok Chye, 33, dan Chuah Kai Xian, 22, melakukan kesalahan tersebut di rumah yang dimiliki Merlyn Low pada pukul 2.50 petang pada 12 Oktober lalu sehingga menyebabkan kerosakan di tingkap bilik tidur utama dan dinding rumah.

Keempat-empat lelaki berkenaan turut mengancam keselamatan pengawal keselamatan, Wajid Ali dan Ahmad Israr menggunakan parang dan tukul di pondok pengawal kawasan kediaman tersebut.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut seksyen 506 Kod Penal untuk jenayah ugutan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga didakwa mengikut seksyen 427 Kod Penal untuk kesalahan melakukan perbuatan khianat yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka mengaku salah atas semua pertuduhan tersebut.



iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan