Kes Bunuh Sosilawati: Bukti DNA Berwibawa Tidak Ada - Peguam

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 7:34 PM

Tertuduh kes bunuh Sosilawati ketika mahkamah menjatuhkan hukuman mati pada 2013.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:Pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap empat lelaki yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya (pegawai bank, peguam dan pemandu Sosilawati) disebabkan ia hanya mengemukakan bukti DNA dengar cakap, Mahkamah Persekutuan di sini diberitahu pada Isnin.

Peguam Manjeet Singh Dhillon berkata keterangan ahli kimia Lim Kong Boon tentang DNA bukanlah berwibawa disebabkan beliau tidak melakukan sendiri analisis DNA, sebaliknya menyerahkan tugas untuk melakukan ujian itu kepada sekurang-kurangnya empat pegawai di jabatannya.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli kimia itu memberi keterangan di mahkamah berdasarkan laporannya yang beliau gabungkan daripada beberapa keputusan analisis DNA yang diserah kepadanya.

"Tiada seorang pun daripada pegawai ini yang dipanggil memberi keterangan. Oleh itu, tiada keterangan langsung yang dikemukakan berkaitan bentuk ujian yang dijalankan oleh petugas ini, bila dan bagaimana serta apakah protokol yang dipatuhi," kata Manjeet Singh, yang mewakili N. Pathmanabhan, seorang daripada empat lelaki yang dituduh dalam kes pembunuhan itu.

Beliau berkata tidak ada bukti DNA berwibawa dalam mana-mana dapatan sama ada dari ladang atau barang kes yang lain.Keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi adalah terdapat kesan darah yang dijumpai pada sebuah dinding di dalam ladang milik Pathmanabhan dan pada kepingan zink di ladang kelapa sawit Sungai Arak di Banting. 

Keterangan juga menunjukkan DNA pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, dijumpai pada dinding dan kayu kriket, manakala profil DNA pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, serta peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pula dijumpai pada kepingan zink.

Manjeet berhujah bahawa Mahkamah Rayuan tidak dapat menyatakan secara pasti tentang apa sebenarnya berlaku terhadap empat orang yang hilang itu.

"Tidak dinyatakan langsung walau satu perkataan pun dalam keseluruhan penghakiman Mahkamah Rayuan tentang apa yang berlaku di ladang itu, tentang siapa yang melakukan apa dan bila serta kepada siapa, atau bagaimana, jika ada sebarang kecederaan yang dikenakan sehingga membawa kepada pembunuhan itu.

Adakah kematian akibat dipukul, kematian dengan cara dibakar, oleh siapa," katanya.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan yang dikemukakan Pathmanabhan, 46, seorang bekas peguam, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 24, Matan, 25, dan R.Kathavarayan, 36.

Mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013, kerana membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, Ahmad Kamil, dan Kamaruddin di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting pada 30 Ogos 2010. 

Mahkamah Rayuan pada 4 Dis tahun lepas mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka.

Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Thilaiyalagan, berhujah bahawa Mahkamah Rayuan sepatutnya membuat keputusan bahawa saksi pendakwaan, Ketua Inspektor N.Govindan, tidak berwibawa.

Govindan memberi keterangan bahawa tiga orang, termasuk Thilaiyalagan, menunjukkan kepada polis beberapa lokasi yang membawa kepada penemuan barang bukti berkaitan kes itu.

"Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila ia gagal membuat keputusan berhubung kredibiliti Govindan dan ia juga gagal untuk membuat keputusan sama ada Thilaiyalagan mengalami prasangka apabila hakim perbicaraan menolak permohonan peguam Pathmanabhan dan Thilaiyalagan untuk mencabar dan mempertikaikan Govindan dengan laporan polisnya sendiri," katanya.

Perbicaraan bersambung esok.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sosilawati Lawiya , Mahkamah Rayuan , DNA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan