Kalimah Allah Dalam CD: Mahkamah Dengar Permohonan Mais Jadi Pencelah 16 Disember

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat menetapkan 16 Disember untuk mendengar permohonan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan cakera padat (CD) oleh seorang wanita.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini dengan dihadiri peguam Lim Seng Heng mewakili Jill Ireland Lawerence Bill dan peguam Zirwatul Hanan Abd Rahman yang mewakili MAIS.

Pada 20 Ogos 2008, MAIS memohon untuk menjadi pencelah dalam semakan kehakiman oleh Jill bagi mendapatkan semula lapan CDnya yang dirampas, dan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill, wanita dari suku kaum Melanau, Sarawak sebaik beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya CD itu  dikembalikan kepada Jill tetapi mahkamah itu tidak mengeluarkan perintah terhadap pengisytiharan yang dimohon oleh wanita itu bahawa beliau berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan "Allah".

Pada 23 Jun tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang memerintahkan KDN supaya memulangkan lapan keping CD mengandungi kalimah Allah milik Jill selepas menolak rayuan KDN dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan memerintahkan KDN supaya memulangkan kesemua CD itu dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan itu.

Panel itu juga memerintahkan pengisytiharan yang dimohon oleh wanita itu bahawa beliau berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi kalimah "Allah" didengar di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Mais untuk menjadi pencelah sebelum mendengar permohonan pengisytiharan oleh Jill itu.
Tags / Kata Kunci: kalimah Allah , CD , Mais

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan