3 Lagi Suspek Seleweng Dana Sabah Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga lagi suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan pada Khamis.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka yang dibebaskan merupakan seorang Jurutera Daerah, seorang Jurutera Bahagian dan seorang Penolong Jurutera Bahagian.

"Kesemua mereka dibebaskan di hadapan Majistret Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Majistret Tawau pada pukul 12 tengah hari tadi.

"Jurutera Daerah dan Bahagian masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM200,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin, manakala Penolong Jurutera Bahagian pula dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin," katanya.

Sumber itu juga berkata tiga suspek berkenaan antara 23, yang ditahan dalam 'Op Water' Fasa II sejak 19 Okt lepas, yang dibebaskan daripada tahanan reman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 4 Oktober lepas, SPRM melancarkan 'Op Water' Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan ter.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

SPRM melancarkan 'Op Water' Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu.

Tags / Kata Kunci: Op Water Fasa II

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan