1MDB: Permohonan Azmin Cabar Keputusan Ketua Audit Negara Didengar 18 November

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 11:30 AM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menangguhkan  pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Menteri Besar  Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai 1MDB, kepada 18 November ini.

Mohamed Azmin mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad sebagai rahsia rasmi.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya berikutan pihak responden baru menerima dokumen berkaitan permohonan itu Isnin  lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 3 November ini untuk pengurusan kes.

Mahkamah dijadualkan mendengar permohonan menteri besar Selangor itu pada Rabu.

Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR, memfailkan permohonan berkenaan pada 15 Ogos lepas dan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama iaitu perdana menteri yang mengklasifikasikan laporan 1MDB  sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, beliau juga menuntut suatu perintah mandamus bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , 1MDB

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan