1 September Sebutan Semula Kes Sanjeevan Dituduh Palsu Kelayakan Akademik

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 2:57 PM

R.Sri Sanjeevan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan yang menghadapi pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademiknya, tiga tahun lepas.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan tarikh itu selepas peguam Joanne Chua Tsu Fay yang mewakili Sanjeevan, 32, memohon tempoh untuk meneliti dokumen berkaitan kes itu yang diterimanya daripada pihak pendakwaan pada Rabu.

Pada 25 Ogos lalu, Sanjeevan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat S.Sivam, 53, dengan mendakwa dirinya  memiliki ijazah undang-undang dan perniagaan dari Northumbria University dan satu lagi dari Camden University bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan dengan Solid Transactions Sdn Bhd.

Tindakan Sanjeevan itu menyebabkan Sivam menyerahkan lebih RM95,000 kepadanya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menipu Sivam dengan mempercayai bahawa dia memiliki dua ijazah undang-undang dan perniagaan daripada universiti sama bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan di syarikat sama mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras di sini pada 1 Jun 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: R.Sri Sanjeevan , MyWatch

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan