Dua Pekerja Didakwa Pecah Amanah Wang Majikan

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengurus dan pembantu tadbir sebuah syarikat pengurusan kondominium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan pecah amanah wang majikan berjumlah lebih RM24,000.

S.Naresh Kumar, 46, dan Nor Aini Riswan, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Ramesh dan Nor Aini didakwa bersama-sama sebagai orang yang diamanahkan dengan penguasaan harta milik syarikat LDS International Asset Management Sdn Bhd telah melakukan pecah amanah wang tunai berjumlah RM24,537.48 dan dengan curangnya telah menggunakan wang itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Zenith Kondominium, Kelana Jaya, di sini antara 5 Januari hingga 30 April 2015 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM30,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Esther Tan memohon jumlah itu dikurangkan kerana jaminan adalah untuk memastikan kehadiran mereka ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan menetapkan 23 November untuk sebutan semula kes.


Tags / Kata Kunci: pecah amanah , wang majikan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan