Kerani JKM Pecah Amanah Dipenjara Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang kerani Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sabak Bernam dihukum penjara setahun dan denda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah ke atas wang bantuan kebajikan berjumlah RM13,100.

Hakim Asmadi Hussin turut memerintahkan Salwana Mokhtar, 34, yang mengaku bersalah terhadap kesemua kesalahan itu, dipenjara enam minggu lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Hukuman penjara ke atas wanita itu berkuat kuasa Jumaat.

Mengikut pertuduhan, Salwana yang bertugas sebagai pembantu tadbir kewangan, didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang bantuan kebajikan kepada orang tua berjumlah RM900, yang dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik suaminya berusia 35 tahun.

Tertuduh yang telah bertugas selama sembilan tahun di JKM juga didakwa melakukan pecah amanah ke atas wang bantuan kebajikan kepada warga emas, pesakit kronik terlantar, OKU (Orang Kelainan Upaya), tidak bekerja, kanak-kanak serta elaun pekerja cacat berjumlah RM9,200 dan RM3,000 yang turut dimasukkan ke dalam akaun suaminya.

Kesemua kesalahan dilakukan di JKM Daerah Sabak Bernam di Taman Gemilang, Sungai Besar dekat sini, antara 31 Disember 2014 dan 4 Februari tahun ini.

Hukuman ke atas wanita itu adalah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda.

Salwana bagaimanapun terlepas daripada hukuman sebat yang tidak dikenakan ke atas wanita.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan menyesali perbuatannya itu.

"Saya juga dalam proses bercerai dan mempunyai tiga anak kecil berumur lapan tahun, enam tahun dan dua setengah tahun yang masih memerlukan perhatian saya.

"Saya tiada ibu bapa untuk bantu menjaga anak-anak saya sekiranya saya dipenjara...saya tidak mahu anak-anak terabai," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berikutan tindakan tertuduh telah menyebabkan pihak yang berhak menerima bantuan kebajikan daripada JKM telah dinafikan hak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan