Mahkamah Kekalkan Perintah Beku Tiga Akaun Milik Bapa Saudara Dua Anak Yatim

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 4:54 PM

TINGGAL KENANGAN... Tiga beranak terkorban, dua anak mereka kini yatim piatu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Jumaat mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank dua bapa saudara kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada tahun lepas.

Hakim Nassir Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, selaku pemohon pertama dan kedua untuk mengetepikan perintah tersebut.

Hakim memerintahkan pembekuan akaun itu sehingga kes yang membabitkan hak penjagaan dan nafkah dua kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, selesai.

Pada 19 Mei 2016, Yusnidah Husain, 46, berjaya mendapatkan perintah  membekukan tiga akaun milik dua adiknya itu, manakala 19 Julai lepas Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf telah memfailkan permohonan itu secara ex parte bagi mencabar perintah berkenaan.

Hakim turut memerintahkan pihak pengurusan Maybank memberikan kerjasama  sepenuhnya bagi membekalkan sebarang dokumen berkenaan transaksi sumbangan orang awam dalam ketiga-tiga akaun tersebut.

Hakim juga memerintahkan Yusnidah selaku responden melantik akauntan  bertauliah untuk mengaudit urusan transaksi ketiga-tiga akaun berkenaan bagi  mendapatkan jumlah sumbangan orang awam yang dikreditkan dan jumlah sebenar yang telah dikeluarkan atau sebarang penemuan lain.

Laporan berkenaan hendaklah difailkan di mahkamah sekurang-kurangnya dua  hari sebelum prosiding perbicaraan kes induk nafkah didengar pada 28 dan 29 November ini.

Sementara itu, mahkamah melarang Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf  menjalankan sebarang transaksi terhadap akaun Maybank berkenaan sehingga kes induk berkenaan diputuskan dan siasatan polis selesai.

Yusnidah diwakili peguam Mahyuddin Md Zahari, manakala Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova  Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves maut dalam nahas jalan raya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: beku akaun , bapa saudara , nahas DUKE

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan