Dua Peguam Didakwa Palsukan Dokumen

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 4:00 PM

Peguam Azura Ghazali, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kelantan. Azura dituduh memalsukan lima dokumen tuntutan dengan niat memperdayakan pegawai tadbir YBGK pada 11 Oktober tahun lepas di pejabat YBGK di Bangunan Mahkamah Tinggi, Jalan Hospital.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Dua peguam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memalsukan 13 dokumen tuntutan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kelantan.

Tertuduh, Azura Ghazali, 32, dan Wan Abd Razak Wan Dollah, 41, yang dituduh secara berasingan di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. 

Azura dituduh memalsukan lima dokumen tuntutan dengan niat memperdayakan Pegawai Tadbir YBGK, G. Abirami pada 11 Oktober 2015 di Pejabat YBGK di Bangunan Mahkamah Tinggi, Jalan Hospital di sini. 

Sementara itu, Wan Abd Razak juga dituduh memalsukan lapan dokumen dengan niat memperdayakan Pegawai Tadbir YBGK, G. Abirami pada 18 Mac 2015 (dua dokumen), 28 Jun 2015 (dua dokumen), 4 Ogos 2015 (satu dokumen), 9 September 2015 (dua dokumen) dan 5 Oktober 2015 (satu dokumen) di Pejabat YBGK.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Peguam Wan Abd Razak Wan Dollah, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kelantan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Azah Kasran dan Shahidah Muslimah Roslan, manakala Azura dan Wan Abd Razak diwakili sepasukan lapan peguam diketuai Ahmad Nizam Mohd.

Terdahulu, Nor Azah dan Shahidah Muslimah meminta mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 seorang bagi kedua-dua tertuduh dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, Ahmad Nizam meminta hakim menurunkan kadar jaminan kepada RM10,000 setiap seorang kerana jumlah RM50,000 adalah terlalu tinggi.

Hakim Adli bagaimanapun menetapkan Azura dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Wan Abd Razak dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, selain kedua-dua tertuduh turut diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: YBGK , Kelantan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan