Penasihat Kementerian Kewangan Sabah Bebas Dengan Jaminan RM500,000

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Kementerian Kewangan Sabah yang ditahan melibatkan penyalahgunaan dana awam projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dibebas dengan jaminan RM500,000.

Pegawai awam berusia 62 tahun itu yang sebelum ini ditahan reman enam hari dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dua penjamin pada pagi Rabu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat ketetapan itu dan mengarahkan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) itu melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Penasihat teknikal dan kejuruteraan kementerian itu diwakili peguam, Datuk Chin Teck Ming.

Siasatan awal SPRM terhadap suspek kelima ini mendapati sejumlah wang telah diterima daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah JANS.

Susulan itu SPRM telah merampas dua  kereta mewah milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser.

Sebelum ini, empat suspek lain termasuk pengarah, timbalan pengarah JANS, seorang Datuk yang juga abang kepada timbalan pengarah jabatan itu serta akauntan telah dibebaskan sebaik tamat tempoh tahanan reman.

Mereka dibebaskan dengan sejumlah wang jaminan dan dua penjamin.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, semua suspek yang dibebaskan boleh dipanggil bila-bila masa sahaja untuk melengkapkan siasatan itu.

Empat suspek telah ditahan reman selepas sejumlah wang tunai bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari pengarah dan timbalan pengarah JANS.

Kedua-dua pegawai kanan awam itu disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: Ops Water , JANS , SPRM , Sabah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan