Kes Liwat Anwar: Tiada Campur Tangan PMO

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 8:37 PM

Anwar ketika di perkarangan mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes saman fitnah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Rabu.
 fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak campurtangan berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Datuk AhmadKamal Md Shahid yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Rabu bahawa PMO langsung tidak mengetahui hasil keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Malah, katanya Mahkamah Persekutuan bebas sepenuhnya dalam membuat keputusan.

"Semua kata-kata sindiran kononnya PMO mengetahui keputusan itu terlebih dahulu adalah salah, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Ini diperkukuhkan oleh hakikat bahawa pemohon (Anwar) telah dibebaskan oleh MahkamahTinggi," kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, sebarang kata-kata sindiran selanjutnya adalahtidak benar, berniat buruk, tidak mempunyai sebarang merit dan perlu ditolaksama sekali.

Ahmad Kamal berhujah tidak ada komunikasi dibuat di antara PMO dan MahkamahPersekutuan sama ada sebelum atau selepas keputusan itu disampaikan.

"Afidavit balasan yang diikrarkan oleh Datuk Seri Tengku ShariffuddinTengku Ahmad selaku pengarah Bahagian Media di PMO menjelaskan bahawa adalah menjadi amalan biasa bagi PMO untuk mengeluarkan jawapan segera melalui kenyataan media mengenai perkara itu,"katanya.

Tengku Shariffuddin telah memfailkan afidavit itu untuk menjawab afidavitAnwar bagi menyokong permohonan semakannya terhadap sabitan liwat.Ahmad Kamal berhujah demikian pada perbicaraan mendengar permohonan semakan Anwar untuk mengetepikan sabitan liwat dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Rayuan itu didengar oleh barisan panel lima hakim diketuai oleh Hakim BesarMalaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Ahmad Kamal menjelaskan adalah menjadi amalan biasa bagi PMO untuk menyediakan dua kenyataan media kerana keputusan mahkamah membabitkan satu daripada dua kemungkinan iaitu dibebaskan atau disabitkan.

Mengenai tingkah laku peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah yang sebelumini mengetuai rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, yang mendengar keterangan dalam prosiding tertutup, semasa mengadakan jelajah selepas keputusan itu, Ahmad Kamal berkata dakwaan tingkah laku itu tidak mempengaruhi Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan.

"Jika ada pun tingkah laku seumpama itu, yang saya katakan tidak, ia sudahpun berlalu dan harus diketepikan," katanya sambil memberitahu tingkah laku Muhammad Shafee tidak mempunyai kesan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mengenai integriti bukti pada permaidani, KY Jelly dan DNAyang dibangkitkan Datuk Sri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar, Ahmad Kamalmenegaskan perkara itu tidak relevan dalam permohonan semakan.

Beliau berkata perkara itu hanya relevan di peringkat rayuan dan walaupun mahkamah tersalah mengguna pakai perkara undang-undang, mahkamah itu tidak boleh membuat kesimpulan yang lain.

Ahmad Kamal berkata isu mengenai apa yang dikatakan salah penilaian bukti atau penyalah arahan adalah bercanggah dengan kuasa semakan mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan dan pemohon (Anwar) telah gagal mengemukakan aduannya mengikut aturan berkenaan.

Sebelum itu, Sri Ram berhujah bahawa kenyataan PMO yang dikeluarkan dalam tempoh 15 minit selepas keputusan mahkamah disampaikan menunjukkan adanya konspirasi politik terhadap anak guamnya selain PMO mempunyai kepentingan peribadi dalam kes itu.

Sri Ram berkata bukan menjadi amalan PMO untuk mengeluarkan kenyataan media atau komen dalam kes jenayah.

Beliau juga membangkitkan tingkah laku Muhammad Shafee kerana mengadakan jelajah selepas mahkamah membuat keputusan, dan berkata ia bertujuan mencemarkan reputasi Anwar kerana beliau telah mendedahkannya dalam prosiding berkamera pada forum awam.

"Beliau mendedahkan keterangan yang diberikan secara tertutup pada satuacara umum. Tingkah lakunya bermotifkan politik. Beliau adalah boneka dan dalang bonekanya berada di tempat lain," kata Sri Ram.

Menurutnya beliau mengamalkan profesyen itu selama 50 tahun tetapi pernah menyaksikan seorang timbalan pendakwa raya mengadakan jelajah untuk memberi penerangan kepada umum mengenai apa yang berlaku dalam prosiding tertutup kerana mereka adalah profesional. 

Panel hakim kemudian menangguhkan penghakiman mengenai permohonan semakanAnwar hingga ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hakim Zulkefli berkata panel hakim tidak mahu membuat keputusan secaraterburu-buru kerana mereka perlu mempertimbang penghujahan daripada pihak pembela dan pendakwaan. 

Anwar, 69, memfailkan permohonan semakan memohon Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes liwat , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan