Tujuh Warga Asing Dipenjara, Guna MyKad Palsu, Milik Orang Lain

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU:Tujuh warga asing dijatuhi hukuman penjara antara 12 bulan dan tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mereka mengaku bersalah memiliki kad pengenalan orang lain serta menggunakan kad pengenalan palsu pada 30 September lalu.

Kesemua tertuduh merupakan empat lelaki dan seorang wanita dari selatan Filipina dan dua warga Indonesia iaitu seorang lelaki dan wanita membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias dan Salina Omar.

Tertuduh adalah Junaid Kasim, 22; Julman Anjam, 22; Abdul Rajim Abdul Karim, 38; Atikah Sri Pujianti Bambang Dwi Pujantoro, 30; Ramlah Apasah, 56; Timha Mohd Nasir, 22; dan Jamil Yunus, 22. 

Junaid yang merupakan tertuduh pertama dikenakan hukuman penjara maksimum iaitu tiga tahun (berkuat kuasa hari ini) dan denda RM2,000 serta turut diperintah menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Julman dan Abdul Rajim dipenjara 12 bulan dan didenda RM3,000 dan  sekiranya mereka gagal membayar denda, penjara tambahan 12 bulan akan dikenakan.

Atikah Sri Pujianti, Ramlah, Timha Mohd dan Jamil masing-masing dikenakan hukuman penjara 12 bulan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 12.30 tengah malam hingga 3 pagi di sebuah kawasan di Jalan Geharu 11, Taman Rinting, Masai dan Kampung Mesjid, Jalan Tanjong, dekat sini pada 30 September.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), yang meperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kedua-dua majistret dalam penghakiman berkata terdapat kewajaran untuk mereka mengenakan hukuman terbabit memandangkan ia adalah kesalahan berbentuk pencabulan terhadap sistem keselamatan negara.

Ia juga, kata mereka, penting untuk memberi kesedaran kepada tertuduh dan juga orang lain yang mungkin memandang enteng perkara ini.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Fazly Abd Razak dan Pegawai Pendakwa Raya JPN Mohd Ashgar Mohd Hussain sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MyKad , Taman Rinting , JPN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan