Penghantar Surat Didakwa Muat Naik Status Di FB Hina KPN

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Siber di sini atas pertuduhan memuat naik status yang bersifat menghina dan jelik terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Rosmin Mohamed Noor, 40, yang merupakan orang kena saman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Zaman Mohd Noor.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2,  Lundang, Kota Bharu, Kelantan, pada 10.10 pagi, 22 Sept lepas mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Rosmin diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Nurul Jannah Abdul Rahman yang menyebut bagi pihak peguam yang  mewakili Rosmin memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana orang kena saman tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Katanya Rosmin juga seorang bapa tunggal dan mempunyai seorang anak berusia 13 tahun dan penanggung tunggal keluarganya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mahkamah Siber , Ketua Polis Negara , FB

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan